Aku dan Bintang
@KU dan B*NTANG

Friday, July 22, 2005

 

LELAKI YANG BAKAL KE NERAKA

Pertama : Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami
tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami
mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya

Ketiga : Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat : Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangung
jawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki
yang bergelar ayah / suami /kaka atau anak harus memainkan
peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."


Hai wanita, kasihanni ayah anda, suami anda, abang-abang anda
serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-
sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari
ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T.
nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah
janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB
 
Posted by: @ku dan B*ntang

Comments: Post a Comment
aquran


Name :
Web URL :
Message :

   aku_d4n_bintang- - E-Mail
   putri_bintang_kecil - - E-Mail

"Saat hilang arah tujuan kau tahu kemana berjalan meski terang mesti gelap kita lalui bersama."

Counters
Free Web Counter
Al qur an

This page is powered by Blogger